Tips Peperiksaan

Helloo everyone Check it outtt...

Wahhhhaaa.. sedar tak sedar kita dah di hari ketiga di tahun baru ni kan... cepat dan pantas betul masa ni berlalu... Semalam, alhamdulillah ryn berjaya menjawab soalan exam dengan tenang berserta dengan yakin. hehe... mahu tak nya, apa yang ryn study tu, naik pula dalam kertas soalan... Lega sangat.. syukur alhamdulillah.. Tinggal lagi 4 paper... banyak lagi nak tempuh ni..

Insyaallah.. ryn akan tempuh dengan berjaya sekali nanti.. perang lagi neh.. hehehe...
Sekarang ni, ryn tengah rest2 dulu lepas tu, baru la ingat nak study.. hehe.. caiyokk tempuh segala cabaran...

Okay peeps,. kat sini ryn nak share dengan korang sikit la pasal tips2 nak tempuh exam ni.. but remember this one ., TIADA PECUTAN TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN YAAA!!! 


      1.   Tidur itu perlu la cukup

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan kita cepat rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
2.  Jaga pemakanan 
 Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).   
3.  Riadah
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
4.  KESELAMATAN!!!
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. NO NO NO!!   Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda mestilah tak mahu kan ambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.
5.  Pelbagai Gambaran Negatif
Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. 
6.  Menyerah kalah sebelum berjuang
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
7.  Merasa belum bersedia  
Keadaan ni selalu berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
8.  Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi 
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak.  Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.   

9.   Berfikiran Positif
        Bagi mengatasi segala tekanan mental anda WAJIB berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada  
        apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlulah bimbang apa 
        keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-
        sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

10.  Persediaan Emosi
        Kenapa tidak  kawal emosi anda??  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata  
       apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda  
       cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat  
       peperiksaan anda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

haa. korang,,.. ni je la tips2 yang boleh ryn sharekan dengan korang... lupakan semua yang korang rasa datang beban.. yang penting hati tu perlu la bersih.. maafkan semua orang sekeliling... selalu2 la minta maaf kat orang, ingat balik apa yang kita lakukan walaupun benda tu berpunca dari dia... so, hati kita senang., ALLAH pun tolong kita... Remember it!! Cool guys.. :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...