Ku Milikmu...
Sememangnya ku sering kali menunggu, renungan mu bagai memanah kalbuku
Ku bertanya siapa gerangannya, kini ku hanya menanti kau bersuara...
Tak mungkin dan mustahil jikaku yang memulakannya dulu...
Ingin ku pesan, jangan kau nanti debarku kian berakhir,
Menunggu mu berubah pula nanti hatiku,
Yang hanya ku mahu dirimu mendekatiku..
Kemaskanlah langkah mu , aturkan lah bicaramu..
Manisnya aku rasa andai kita bersama....
Walaupun diriku ini sering sahaja diganggu,
Dipujuk serta dirayu oleh mana senantiasa membelenggu..
Tapi hanya kau sahaja di fikiranku, hanya lah dirimu sahaja yang ku nantikan..
Jika engkau cuba mengerti apa yang tersirat di hati,
Apa lagi yang perlu kau ragu, ku ini hanyalah milikmu..
Dan cubalah engkau menghayati isyarat cinta yang diberi...
Jikalah dirimu tahu, ku ini hanyalah milikmu....
--dedicated to my 4ner hati... -- =)

No comments:
Post a Comment